Pages

April 25, 2024

YOUTUBE BEKAS AI TEAM SEMENTARA BATCH 2 : AISYAH RUDY

YOUTUBE BEKAS AI TEAM SEMENTARA BATCH 2 : AISYAH RUDY

Perincian Akaun 3 KWSP terbaru

Perincian Akaun 3 KWSP terbaru -

1) Pencarum yang mempunyai baki kurang RM1,000 dalam Akaun 2 boleh pindahkan baki keseluruhan ke Akaun 3

2) Baki Akaun 2 dari RM1,000 ke RM2,999 boleh pindahkan maksima RM1,000 ke Akaun 3

3) Baki Akaun 2 lebih dari RM3,000 boleh pindahkan 1/3  baki ke Akaun 3. Contohnya baki Akaun 2 RM9,000 boleh pindahkan RM3,000 ke Akaun 3

Tapi nak buat pemindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3 kena maklumkan kepada KWSP terlebih dahulu. Proses pemindahan Akaun 2 ke Akaun 3 bermula 11hb Mei sehingga 31 Ogos. Kalau tak mintak pemindahan maka Akaun 3 anda akan bermula dari RM0 pada 11 Mei.

Caruman baru selepas 11 Mei adalah seperti berikut -

75% masuk Akaun 1
15% masuk Akaun 2
10% masuk Akaun 3

Berita kurang mengembirakan bila anda pindah baki 1/3 dari Akaun 2 ke Akaun 3 bermula 11hb Mei sehingga 31hb Ogos. Anda kena tunggu masuk 1hb September baru boleh keluarkan duit dari Akaun 3 😕

Sumber : Erdy Azezy Bin Sohardi

Ambil Tahu Solat Jenazah

Ambil Tahu Solat Jenazah

Solat Jenazah ni Bukan Solat yang hari hari kita buat. Tapi sebagai seorang lelaki Solat Jenazah ni adalah salah satu Solat yang perlu kita Ambil Tahu. Hukumnya adalah fardu kifayah.

"Tatacara Solat Jenazah"

Kredit : Jue Mahmud.






Kenapa Ayat ke-58 diulang tujuh kali?

"Rahsia Surah Yassin Ayat ke-58"
.
Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM' 
.
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.
.
Jika boleh niatkan sebegini:
.
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
.
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.
.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
.
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.
.
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....
Aamiin Ya Allah.




Apa itu Istighfar?

AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad 

Apa itu Istighfar?

Perkataan istighfar berasal dari Bahasa Arab yang membawa maksud memohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan oleh kita. Istighar pada lazimnya menjadi ungkapan sebagai zikir yang kita lafazkan setiap masa bertujuan menghapus dosa dan melindungi diri daripada sebarang kejahatan.

Bukan itu sahaja tetapi ia banyak menyelesaikan kemelut kehidupan. Dikeluarkan dari kesempitan hidup. Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

.مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” 

Riwayat Abu Daud (1518)

Menurut Syeikh Syu’aib al-Arna’outh, sanadnya dhaif kerana salah seorang perawi bernama al-Hakam bin Mus’ab padanya jahalah (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi.

Namun begitu, dengan beristighfar hati kita akan jadi lebih tenang. Sekaligus mengeluarkan kita dari belenggu hidup yang memenatkan. 

Kami nyatakan di sini beberapa contoh istighfar yang dilafazkan berdasarkan nas al-Quran dan hadith, antaranya:

  • Sayyidul istighfar

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، اغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya : “Ya Allah Engkau Tuhanku, tidak ada tuhan selain Engkau , Engkaulah yang menjadikan aku , dan aku adalah hamba Mu, aku akan selalu menepati janji-Mu sekemampuan Ku, aku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku kembali kepada Mu dengan nikmat yang telah Engkau berikan. Aku kembali kepada Mu dengan dosa, maka mapunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang bisa mengampuni dosa kecuali Engkau.”

  • Istighfar sebelum salam dalam solat

اللَّهُمَّ إنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، ولَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah! Sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisi-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

Riwayat al-Bukhari (7387) dan Muslim (2705)

  • Istighfar meminta ampun dan taubat

رَبِّ اغْفِرْ لِى وَتُبْ عَلَىَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Maksudnya :  “Ya Tuhan ampunilah dan sayangilah aku dan terimalah taubatku , sesungguhnya Engkau Maha penerima Taubat dan Maha Penyayang.” – (Hadis Riwayat Abu Daud).

  • Sependek-pendek istighfar

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ

Maksudnya: “Aku memohon ampun kepada Allah.” Atau dengan tambahan di belakangnya iaitu:

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Terdapat banyak kelebihan istighfar yang boleh anda jadikan panduan dalam hidup, Antara kelebihannya itu adalah seperti:

  • Allah ampunkan dosa walau sebanyak buih di lautan. Ini berdasarkan hadith yang dinyatakan di atas.

 غَفَرَ اللهُ تعالى ذُنوبَهُ ولو كانتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ

Maksudnya: “Maka Allah Taala akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

 Riwayat Ibn al-Sunni (83)

Allah SWT berfirman:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ‎﴿١٠﴾‏يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ‎﴿١١﴾‏ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا ‎﴿١٢﴾‏

Maksudnya: “Maka aku katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan memberikanmu kebun-kebun dan (di dalamnya pula) untukmu sungai-sungai.”

Surah Nuh (10-12)

  • Istighfar boleh membentuk keperibadian seseorang

Dengan beristighfar kita sememangnya dapat memanfaatkan masa dengan amalan yang mendatangkan banyak manfaat dan pahala. Sama ada sedang berehat atau bekerja, bibir sentiasa melafazka zikir dan istighfar membolehkan kita mengingati Allah setiap masa. 

Seorang ulama berkata, “Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia berasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah SWT, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah SWT, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Lihat Kitab Tanbihu al-Ghafilin, 67)

Justeru, marilah sama-sama kita melazimi diri kita untuk beristighfar apabila bangun dari tidur, selepas mendirikan solat, semasa bekerja, semasa berehat, dan sebelum masuk tidur. Usaha ini sedikit sebanyak akan mendidik diri mendahulukan Allah SWT dalam apa jua yang kita buat. 

Kesimpulannya, istighfar sangat penting kerana padanya terdapat banyak kelebihan. Selain itu juga, kita sebagai seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah melazimi istighfar di dalam kehidupan seharian kita. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa melazimi istighfar serta menggolongkan kita dalam kalangan penghuni syurga. Amin.

Akhukum fillah,


April 24, 2024

Tok, nenek, opah...

Siapa pernah tinggal dan tidur dengan Tok atau Nenek malah sesetengah tempat dipanggil Opah. Tok dahulu jauh berbeza dari Tok zaman sekarang, baik dari gaya hidup dan personalitinya. 

Tok atau Tok Wan waktu dahulu kebiasaannya hidup daif dgn fizikalnya sangat tua. Jarang memakai baju, hanya berkembang dgn batik dan pelikat lusuh serta berkain cukin atau semutar bagi yg lelaki (Tok Wan). Biasanya 'kesaq' atau bau badan Tok akan berbau sirih pinang dan curut. Sukar utk digambarkan bauan tubuh badan insan yg daif tetapi tersangat kaya dgn kasih sayang itu.

Dapat tinggal dengan Tok atau Tokwan adalah suatu kenangan yg sangat indah yg sama sekali tidak ada dijual beli dimini market atau digedung batu yg mewah. Pengalaman itu mahalnya tiada bergalang ganti. Apalagi kalau dapat tidur sekelambu dengan Tok, hangatnya pelukan kasih sayangnya tiada terkata, setiap kali kita hampir terlelap Tok akan mengusap kepala dgn usapan selembut salju. Tangannya kasar bergerutu dan berbau minyak angin. Lenganya dilingkari otot dan urat hijau yg berselirat, itu tandanya betapa kudratnya yg ditelah diperah sepanjang hayat hidupnya demi membesarkan mak ayah kita sehinggalah lahirnya kita kedunia ini. Tok terus meneruskan kasih sayang yg berbaki kpd cucu-cicitnya pula. Tok juga akan mengambil alih membela cucunya kiranya cucu-cucu menjadi anak -anak yatim yg kehilangan ayah dan ibu. Pengorbananya seakan tidak terhenti sehinggalah hayatnya terhenti.

Setiap kali masuk kelambu, Tok akan memastikan tiada nyamuk yg terperangkap didalam kelambu, dengan diterangi cahaya pelita minyak tanah, Tok akan memeriksa disetiap bucu bantal kabu dan kelambu ,melihat dengan teliti kalau-kalau ada pijat yg bersarang. Tok akan memicit pijat, bau pijat agak tengik dan merengsakan lubang hidung. Semua itu Tok lakukan demi kasih sayangnya kepada cucunya yg dipanggil Awang atau Mek.

Tok tak punya tilam spring tebal sekaki, yang ada cuma lembik kabu. Itupun Tok jahit sendiri dari perca-perca kain terbuang, Tok sambung dan jadikan sebagai pembalut kabu. Sehelai gebar bercorak petak-petak yg lusuh dan kusam itu saja utk membaluti tubuhnya dan cucu dari kedinginan malam yg mencengkam. Hangat tubuhnya menghilangkan dingin. Tok melayari mimpinya tentang anak dan cucu yg selalu bermain diruang matanya yg semakin kabur. Namun kasih sayang tidak pernah luntur...

Kalau tidak mencari pijat dan nyamuk sebelum tidur, Tok akan bersila diluar kelambu sambil menggobek pinang dan menghisap curut dibawah bias cahaya pelita yg melintuk-liuk diusik angin malam yg menerobos dari celah dinding papan yg meleweh renggang. Tok ibarat jelapang kasih sayang tempat menyimpan manja diwaktu kecil. Mereka adalah teratak utk disandarkan kasih sayang..

Apapun insan-insan ini telah pergi mendahului kita. Mereka pulang dgn meninggalkan rasa rindu yg teramat dihati kita. Hati yg pernah mereka belai dan manjakan dgn sepenuh jiwa raga. Kita tidak mungkin dapat meneroka apa yg bermain dikotak pemikiran mereka ketika melewati usia senja mereka, ketika mereka menanti waktu-waktu kepulangan... 

Al-Fatihah utk mereka.

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang - Eda Ezrin (ft. Den Manjo)

bea sobar bea bea rilek bea
jange jange wi jadi gegey
dik jange dik jange wak lobey
jange ado jatey lain 

ooooo 

dik tulong dik dik tulong dik 
jange wak hati abe sakit
bea sobar bea bea rilek bea 
bendo buleh wak bice 

didale stande pise 
bukeynyo buruk belako 
begitulah jugok ore silapnyo 
ado nok lari dari buat silap 
menikohlah cepat cepat 
baru tok tersaloh anggap 
abe pun harak 

sekilas ikey di laut 
tok kenal jate ko tino 
begitulah dale hidup kito 
tok samo seko 
meme abe tok seko 
cempedok nok jadi nako 
kerano cemburu buto 
denge tok sengajo 

bea sobar bea bea rilek bea 
jange jange wi jadi gegey 
dik jange dik jange wak lobey 
jange ado jatey lain 

ooooo 

dik tulong dik dik tulong dik 
jange wak hati abe sakit 

bea sobar bea bea rilek 
bea bendo buleh wak bice   

didale stande pise 
bukeynyo buruk belako 
begitulah jugok ore silapnyo 
ado nok lari dari buat silap 
menikohlah cepat cepat 
baru tok tersaloh anggap 
abe pun harak 

setajenyo mate keris 
tak setaje mato abe
sebab tu lah adik kasih adik saye 

kalulah adik kato begitu 
abe pun setuju angin 
raso serupo esok selalu nok naik pelamin 

bea sobar bea bea rilek 
bea jange jange wi jadi gegey 

dik jange dik jange wak lobey 
jange ado jatey lain 

bea sobar bea 
dik tulong dik jange wak hati